Beautiful Pocket Sejadah

Sejadah Poket Cantik

Soalan Lazim SUJUD

Bagaimana caranya untuk membuat pesanan sejadah SUJUD?

Mudah sahaja. Klik pada “SHOP” dan pilih design sejadah yang anda inginkan. Anda juga boleh membeli beberapa design sekaligus. Selepas selesai memilih, click pada “CHECKOUT” dan lakukan bayaran. Bayaran boleh dilakukan menggunakan kad kredit atau kad debit melalui Paypal (walaupun jika anda tidak mempunyai akaun PayPal), serta bayaran boleh dilakukan melalui online transfer melalui Billplz.

Bagaimana caranya jika ingin penghantaran SUJUD ke alamat yang berbeza dengan billing?

Tiada masalah. Untuk pemprosesan bayaran, anda perlu masukkan billing address anda ketika “Checkout”. Sejadah Sujud boleh di hantar ke alamat billing anda. Tetapi jika anda ingin penghantaran dilakukan ke alamat yang berbeza, anda boleh klik pada “Ship to different address?” dan tambahkan alamat penghantaran di situ. Contoh seperti imej di bawah sebelum melakukan pembayaran.

Selepas melakukan pesanan, bilakah saya akan terima sejadah SUJUD?

Pesanan anda akan di proses pada hari yang sama. Namun, penghantaran akan mengambil masa 3-4 hari bekerja.

 

*Ketika PKP,  mungkin akan terdapat sedikit penangguhan masa diluar kawalan kami. Tetapi kami sedaya upaya akan cuba pastikan anda menerima sejadah SUJUD dalam waktu yang paling pantas. 

Adakah sejadah SUJUD ringan dan mudah untuk dibawa?

Ya, sejadah SUJUD adalah nipis dan ringan untuk dibawa ke mana sahaja. Ianya boleh dimuatkan dalam poket dan juga bag tangan. Anda akan rasa lebih dekat dengan Allah apabila dapat membawa tempat solat ke mana sahaja. Saiznya adalah 18cm lebar x 10cm tinggi x 2cm tebal apabila dilipat kecil.

Adakah sukar untuk melipat sejadah SUJUD?

Tidak. Ianya adalah mudah. Dengan hanya mencuba beberapa kali, anda juga akan dapat melipat sejadah sujur dalam masa 5 saat saat sahaja! Langkah demi langkah cara lipatan juga akan turut diberikan bersama sejadah SUJUD anda. Juga, anda boleh merujuk pada video lipatan di bawah. Mudah kan?

Adakah sejadah SUJUD akan berbau? Bagaimana cara untuk membersihkannya?

Bahan yang digunakan untuk SUJUD adalah poliyester premium yang tidak mudah menyerap bau dan juga mudah untuk dibersihkan. Dengan hanya menggunakan tisu basah (wet wipes) anda boleh membersihkannya jika perlu.

Bolehkah masukkan sejadah SUJUD dalam mesin basuh?

Jika terdapat kotoran ringan, anda hanya perlu menggunakan tisu basah (wet wipes) untuk membersihkannya sudah memadai. SUJUD juga boleh dicuci menggunakan mesin basuh. Tetapi untuk jangka hayat yang lebih lama, gunakan sedikit sahaja serbuk pencuci.

Adakah warna design pada sejadah SUJUD akan pudar?

Tidak dengan penggunaan yang biasa. Percetakkan yang digunakan adalah yang berkualiti tinggi dan finishing heat press digunakan untuk memastikan printing design dan warna adalah yang terbaik serta tidak pudar. Namun, pengguna juga perlu menjaganya dan tidak mendedahkan sejadah SUJUD pada matahari yang sangat terik untuk jangka masa yang sangat lama. Apa sahaja material akan mengalami kerosakan jika terdedah kepada cahaya matahari yang terik untuk jangka masa yang lama.

Jika setelah membeli dan mendapat SUJUD tetapi tidak seperti yang diinginkan, bolehkah mendapat pulangan wang?

Ya, perniagaan kami adalah telus. Kami memberikan satisfaction guarantee dan juga money back guarantee. Jika anda telah menerima sejadah SUJUD yang dipesan dan ianya tidak seperti yang diinginkan, kami boleh menukarkannya atau memulangkan wang anda kembali tidak kira apapun sebabnya. Anda hanya perlu menghantar semula SUJUD yang diterima kepada kami bersama bukti bayaran anda dalam masa 30 hari selepas belian.

Jika saya mempunyai soalan tambahan, bagaimana caranya untuk hubungi pihak SUJUD.com.my?

Anda boleh hubungi kami melalui email di hello@sujud.com.my. Atau melalui telefon 03-77292277 (waktu pejabat), atau Whatsapp di 019-2070599 bercakap dengan En Muhammad Imaduddyn

Hubungi kami

Jika mempunyai sebarang soalan, Anda boleh hubungi kami melalui email di hello@sujud.com.my. Atau melalui telefon 03-77292277 (waktu pejabat), atau Whatsapp di 019-2070599 bercakap dengan En Muhammad Imaduddyn

Kuala Lumpur, Malaysia

Unit 19-2, 19-3 & 19-3A Oval Damansara
No 685, Jalan Damansara
60000 Kuala Lumpur

Dubai, UAE

Marina Plaza, Level 2902 Dubai Marina
Dubai, United Arab Emirates

Click here for international site

Copyright SUJUD 2021 Irfan Khairi Sdn Bhd